Gambar Emelda Rosmila Kekasih Adlin Aman Ramli

Nampaknya Emelda Rosmila semakin lama semakin laris dan telah banyak berlakon dalam beberapa drama terkenal ketika ini. GB minat jugak lakonan Emelda Rosmila ketika berlakon cerita KekasihKu Seru. Eh, betulke tajuk drama yang GB bagitau ni? Hoho.. Kalau tak betul sorrylah k. GB rasa semua orang dah tahu yang Emelda sekarang sedang hangat bercinta dengan Adlin Aman Ramli. Dan kalau betullah apa yang GB tahu ni, tahun 2009 merupakan tahun paling gembira untuk Emelda kerana mereka akan berkahwin. Hoho.. Harap-harap betullah, sampai bila pulak nak couple je kan? Hehe.. Apa-apa pun tunggu je lah berita sahihnya nanti. Jom usyar gambar eksklusif Emelda.
Lihat Artikel/Gambar/Video Sepenuhnya »
Norman Hakim Dan Abby Abadi Bercerai Talak Satu

Akhirnya selepas lama berdalih-dalih dan cuba mempertahankan hubungan keluarganya, akhirnya Norman Hakim dan Abby Abadi telah bercerai dengan talak satu. Ada yang menimbulkan kontroversi ketika itu kerana didapati pasangan baru Abby Abadi iaitu Zulkifli turut hadir pada prosiding di mahkamah tersebut. Para wartawan cuba menanyakan soal hubungannya dengan Abby Abadi namun Zulkifli mengatakan bahawa hubungan mereka tak lebih daripada kawan. Hmmm, hairan jugak GB kerapatan mereka sampai mcam ni. Hoho.. Turut hadir ketika itu, Shasha yang juga bekas ahli Elite. Jom usyar gambar-gambar lain.. Harap-harap krisin Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey akan selesai secepat mungkin.
Lihat Artikel/Gambar/Video Sepenuhnya »
Ainul Aishah Senyumannya Manis

Ainul Aishah merupakan salah seorang pelakon wanita muda yang kian meningkat naik. Sudah banyak filem dan drama yang sudah dia lakonkan. Antaranya KL Menjerit versi drama, erkkk (aku dah lupa filem penang tu) dan yang paling latest sekali filem Histeria yang bakal menggegarkan panggung. Hoho.. Yelah, GB tengok trailer filem Histeria tu macam seram gila babeng je. Di sini ada beberapa keping gambar Ainul Aishah yang menampilkan senyumannya yang manis. Hehe.. Tergoda jugaklah sesiapa yang memandangnya. Bekas pelajar MMU ini sudah pun mempunyai teman lelaki yang juga seorang ahli kumpulan Couple.
Lihat Artikel/Gambar/Video Sepenuhnya »
Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Kahwin Senyap-Senyap

Akhirnya hot couple yang dulu dikatakan teman tapi mesra terpaksa akur dengan kehebatan dunia IT yang serba canggih sehingga dapat mengkantoikan mengenai perkahwinan mereka berdua. Agka terkejut jugakla GB dengan pengakuan mereka yang sudah 10 bulan berkahwin!! Lama tu diorang dapat sorokkan berita ni. Bukan calang-calang punya pasangan ni. Hoho.. Aidil Zafuan dan Rita Rudaini dikatakan dah berkahwin secara senyap-senyap dekat Thailand. Wow! Rumah mak bapak dah tak sesuai ke nak dijadikan tempat berkahwin? Haha.. Jom layan gambar mereka..
Lihat Artikel/Gambar/Video Sepenuhnya »
Perkahwinan Que Haidar Dan Linda Jasmine

Wow! Que Haidar dan Linda Jasmine akhirnya sudah menetapkan tarikh keramat mereka. Haha.. Boleh tahan jugak la keramatnya. Mereka berdua dikatakan akan berkahwin pada 14hb Februari 2009 sebagai tarikh perkahwinan mereka berdua nanti. Sama tarikh dengan Hari Kekasih tuuuuu.. Valentines Day! Que Haidar tidak kesah dengan jarak umur mereka berdua di mana Linda Jasmine lebih 7 tahun lebih tua daripada Que Haidar. Namun begitu, atas nama cinta , mereka akan disatukan jua nanti. Hoho.. Tempat dan waktu perkahwinan bakal berlangsung tak diketahui lagi. Sekarang ni ramai wartawan yang tengah mencari pasangan ini untuk mengorek sedalam-dalamnya maklumat yang ada. Hehehe..
Lihat Artikel/Gambar/Video Sepenuhnya »


